Monday 30 January 2012

Sinopsis bab.

Bab 1 - Tugas Baharu.
Badri anak sulung daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah. Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala  Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.

Bab 2 - Api Yang Mula Membara.
Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

Bab 3 - Main Api.
Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 - Duri Dalam Daging.
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 - Pertemuan.
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual  kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan.

Bab 6 - Kemuncak Dunia.
Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 - Secantik Sinar.
Taufik memberitahu kejadian yang Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian  tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul.

Bab 8 - Mengaharung Badai.
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya.

Bab 9 - Rahsia Hampir Terbongkar.
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 - Semarak Api.
Shahrul telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan  Badri. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan.  Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu.

Bab 11 - Tertangkap.
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila ayahnya  menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong. Dia meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di  asrama sekolah. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama.

Bab 12 - Suasana Baharu.
 Meng Kong mula belajar  dan membuat  kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.

Bab 13 - Jiwa Remaja.
Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya.  Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul  bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun  dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar  yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong  atas arahan Shahrul supaya  Meng Kong dibuang asrama.

Bab 14 - Di Persimpangan.
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila  Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 - Kehilangan Yang Misteri.
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini  Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah  dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 - Tersayat Pedih.  
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang  lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.  Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 - Mangsa Fitnah.
Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri  telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah.

Bab 18 - Pentas Sandiwara. 
Badri dan Taufik mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas.

Bab 19 - Cerita Baharu. 
Taufik dan Siew Mei bersimpati dengan nasib Badri.  Badri  menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik  dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya.

Bab 20 - Hati Yang Terluka.
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal  Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.

Bab 21 - Harapan.
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A.

Bab 22 - Senja Belum Berlabuh.
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. 

Kredit : Rosiah Othman (link)
Diringkaskan oleh : Sssss :p